Pages

Tuesday, May 8, 2012

GD & TOP Feat Park Bom - Forever With You Review

                                                                                                                                                                                                                            
Dah lama aku tak review video sebab laptop rosak -_-.So aku review gitu-gitu jelah video nie.Aku rasa vidoe ini [bunyi drum]

SANGAT BEST !

Aku suka tengok imej diorang dalam nie terutama GD.Dia lagi nampak awesome dalam video nie.Masa nie
 dia nampak sangat fresh dan stylish.Aku tau baju nie sangatlah ke-90-an tapi nampak okey apa.Aku dilahirkan lewat 90-an jadi aku sempat merasa fesyen baju bayi 80-90-an XD.Terasa bergaya lah gak masa kecik dulu.Malahan lebih berfesyen :D

Okey,aku nak komen benda yang aku rasa macam terpelik [boleh pulak ter-pelik] dalam video nie.Park Bom duduk dalam menatang plastik yang cuma ada kerusi.Aku tak sure apa sebenarnya tempat tu.Aku rasa cuma ada dua kemungkinan.Sama ada itu bilik mandi yang dilengkapi kerusi sebagai hiasan [dan orang boleh intai] ataupun inkubator untuk orang dewasa XD.

Aku rasa ramai tak perasan but GD pakai seluar pendek masa sejuk-sejuk macam tu.Wow,aku dapat rasa kaki dia kebal sebab kawasan rumah aku pun boleh tahan sejuknya [berkabus gile kalau time hujan-hujan],aku dah kejang kaki.Macam mana dia boleh bertahan dalam sejuk yang melampau macamtu ?!?!?!!? Adakah disebabkan kaki yang muda remaja? kalau ikutkan,aku lagi muda remaja.Aku pun tak paham.

Dan aku rasa macam nak tabik hormat dekat TOP sebab dia mampu bawak kereta dan menyanyi pada masa yang sama.Kalau bapak aku,tak lamalah kitorang terjun kelaut dengan kereta-kereta sekali XD dan aku nak ucapkan tahniah kepada GD kerana berjaya buat scene menangis.Tapi pada masa yang sama,aku nak ucapkan takziah sebab scene tu tak berapa nak jadi.Feeling dia kurang lah :\

P/S : Bila tengok video nie,rasa macam nak bongkar semua baju-baju lama yang sangat ke 90-an tu XD

1 comment: