Pages

Sunday, December 8, 2013

Tak lalu aku nak dengar perkataan nie.

Aku bukak laman web berita,aku nampak perkataan nie.Aku bukak berita,aku nampak jugak.Kalau bukak surat khabar,lagi bersepah-sepah perkataan ni.Dalam sehari,adelah dua cerita pasal perkataan nie.Lah-lah,malas nak baca surat khabar.Menyampah.Meluat lagi tak lalu.

Nak tau perkataan ape? Aku tak pasti korang bersetuju ke tak,tapi post nie seriously ialah pendapat aku sendiri and agak offensive.Dinasihatkan yang rasa diri tu sensitif,mudah terasa dan tak leh terima kritikan,sila tutup.Aku dah kasi AMARAN awal-awal.Sekian terima kasih.Tapi kalau dah baca,renung-renungkan dan selamat beramal :)

Ok,perkataan yang yang aku maksudkan ialah ROGOL dan rela dirogol.Ya kawan kawan,.aku rasa korang pun aware yang benda ni dah berleluasa and tak mengira usia.Nenek pun boleh merogol teruna.Time aku baca nie,berdekah-dekah gak aku gelak sebab tak caye.Heish,apa nak jadi dengan dunia.Kenape senang senang je benda tu nak berlaku? Aku pun tak paham.Korang paham?

Kalau nak dibandingkan dengan zaman nenek-nenek kite dulu,bende nie takde pun jadi.Kalau nak kata nenek-nenek kita dulu tak seksi,kau memang banyak tengok drama Korea.

Kalah kite beb.

Kite,kaum gadis-gadis,pakai tudung pun kena rogol.Tak pakai tudung lagilah kena.Kalau kau kate kau lagi cantik daripada Saloma,aku taktaulah nak cakap ape.Aku rasa orang dulu-dulu lagi cantik daripada budak-budak sekarang.Dorang kalau tak pakai makeup pun cantik,kan? Kau jangan memperlekehkan nenek kau yang berusia tu.Cube ko tanye,masa mude die pakai ape,die makeup macam mane,and kalau ade,mintak gambar dorang masa mude.Nenek aku pakai kebaya jarang,skirt kembang.Siap jalan satu kampung buat muka tak peduli lagi,haha.Aku berani mengaku yang nenek-nenek aku way more beautiful daripada aku.

Tapi kenapa diorang tak pernah kena rogol? Kenapa diorang tak hilang dara? Kenapa diorang takde anak haram? Maybe sebilangan kecil,mungkin ade.Aku taklah menafikan benda tu.But tak sebanyak zaman sekarang.Sampai beratus ribu orang.Gile.

Kalau tanya pendapat aku,it's all about manners.Rasa hormat kat ibu bapa dah takde.Bapak pun buat macam kawan je.Sayang tu tak salah,tapi cara kena betul.Tapi aku rasa sedih bile dengar kawan-kawan mak aku mengadu anak diorang ikut jantan,tengah malam pun tak balik balik.As a human,aku sendiri sedih dengar luahan hati diorang.Jujur,aku dulu pun macam ni.Tapi lepas aku tengok mak bapak aku menangis sebab aku,terus aku berubah.Aku tak sanggup tengok diorang macam tu lagi.Maybe Allah akan tunjuk pada diorang satu hari nanti,we have to wait until the miracle happen.Since Allah dah tunjuk kat aku,why not orang lain pun takkan dapat peluang yang sama? Aku doakan yang terbaik untuk diorang semua.Amin.

And satu lagi,budak perempuan sekarang gedik.Memang tu sifat semulajadi perempuan,but by gedik aku maksudkan macam...Easy girls.Senang sangat nak buat lelaki jadi member.Senang sangat nak ajak diorang lepak/couple sesame walaupun tak kenal satu sama lain.How come? Seriously,keluar dengan stranger yang berlainan jantina berdua-duaan ialah benda PALING BODOH pernah perempuan buat.Kau yang offerkan diri kau sendiri,gile.Aku dulu pun buat macam ni and aku sedar yang aku pun perempuan paling bodoh kat dunia.Sekarang,taubat aku taknak buat dah.Kenal-kenal camtu sudahlah.Kalau dah jodoh,tak lari gunung dikejar (Pepatah dua dalam satu,kreatif tak?).Cadangan aku,make a gap between you and him so he don't take you easily.Jangan dilayan lelaki ni.Berbahaya.Diorang kan mudah perasan.

Couple is trending.Right? Takde maknenye.Aku peduli ape.Betapa seronoknya single.Aku nie jenis yang kalau kau campak aku dalam tempat tak berpenghuni,beruk pun aku boleh buat kawan.Asalkan aku tak buat dosa.Kalau kau cakap manusia perlukan pengalaman dalam perhubungan,aku rasa semua tu tak perlukan pengalaman,cuma perlukan kepastian untuk bertindak secara bijak.Takkanlah kau tak reti nak ambil ikhtibar daripada perhubungan orang lain.Manusia kan belajar daripada kesilapan.

Haha.Makan dalam  hukum ni.

Aku memang ada macam-macam jens kawan.Daripada yang kuat bersosial sampailah yang alim warak.Pelbagai bangsa,agama dan latar belakang.Semua ada.Aku..biasa je.Nak kata warak,jauh langsung.Nak kata sosial,tak jugak.Just suka perhatikan gelagat manusia.Macam mana cara manusia bertindak bile situasi macam tu berlaku.Most of my friends have boyfriend.And sebilangan kecil kawan aku jugak takde dara.Sedih bile aku dapat tahu,tapi takdelah terkejut sangat since diorang memang sosial kuat.Ada yang menangis bile dinasihatkan,tapi tak tahan lama.Ada jugak yang lagi aku nasihat,habis aku pun kena marah.Biasalah tu,nak ubah manusia bukan senang macam nak gubah bunga (Aku pun taktau pepatah ape yang aku pakai).Bagi yang marah aku bile aku nasihat,mostly akan cakap; Ramai je orang takde dara.Bagi aku,dara tu taklah sepenting mana since atlet pun hilang dara sebab bersukan but Maruah.Maruah tu penting.Aku taknak kawan-kawan aku dicap sebagai 'Murahan'.Mungkin kita rasa lelaki tu akan simpan rahsia (couple sampai mati lah katakan) but mostly lelaki yang akan sebarkan kat orang lain.Kate pompuan kuat bergosip.Diorang sedap lah mengata walaupun itu kesalahan diorang.Gadis yang terkena nie yang menanggung malu sepanjang hayat.Kan?

As example,Aku tak kenal kawan-kawan aku betul-betul walaupun kitorang dah berkenalan sejak sekolah rendah.So.to expect kita akan kenal orang tu betul-betul is impossible.The reason,manusia berubah mengikut masa dah keadaan.Perempuan yang pakai tudung labuh,aurat tertutup sempurna.Korang pasti akhlak dia pun sempurna? Tak .Kalau yang free-hair,korang pasti berapa banyak solat dia dalam sehari? Tak.Pokoknya,nobody's perfect but you have to try to improve yourself.Aku pernah je tengok perempuan tudung labuh pergi mengorat lelaki (takcaye sudah).Aku pernah je tengok perempuan rambut berkarat pergi sembahyang kat masjid.

Pada masa hadapan,perempuan yang pandai jaga diri akan dianggap precious oleh lelaki.Percayalah,sebab jenis yang jarang-jarang nie dianggap berharga (Dimu begitu berharga~).Macam Emas.Berharga kan sampai dijual berjuta-juta ringgit.Kalau tak laku pun,value dia tetap menaik sebab kecantikan dan keasliannya.Kalau Emas local aka. tipu,luarnya cantik,memang sama macam emas betul tapi dalamnya cumalah besi biasa.Paham kan maksud aku?

Aku rasa pandangan aku dah memadai.Nak tulis lagi panjang,sakit mata korang nak baca.Aku harap apa yang tulis bermanfaat dan buat kita sama-sama berfikir sejenak.

P/S:Pahang tak surut lagi banjir.Apa kau dah buat,Datuk Najib?

Thursday, December 5, 2013

What is life?

Assalamualaikum and selamat sejahtera semua,

Harini aku nak citer pasal hidup.Aku rasa cam hilang arah.And korang nak tau,aku asik dengar lagu sedih je.Aku pun naik muak ngan diri sendiri.Tahpape punye perangai.Aku nie bukan jenis yang melancholic,aku ni jenis yang happy-go-lucky.Sape yang kenal aku and follow blog nie taulah betapa sengalnye aku.Self esteem aku turun gile.Ape yang aku usahakan semuanya gagal.Aku jadi putus asa and rasa cam taknak buat ape-ape.

Kawan-kawan rapat aku semuanya pergi Boarding school/MRSM etc.Kakak Husna,jika awak membaca post ini,saya ingin mengatakan yang memang saya tidak menangis semasa pemergian awak tapi saya menangis di dalam hati,okeyh? Tahun nie,takde siapa bagi saya kad harijadi.Kalau awak ada,setiap tahun awak bagi kad harijadi.I simpan sampai sekarang,ade lagi dalam diary.Kalau bace je,mesti tersengih-sengih macam orang gile XD.I miss you soooooo much!

Lepastu,perlahan-lahan kawan aku yang dekat sini ditarik pergi daripada aku.Hajar and Shafiqah Shahirah nak pindah.Aku mula tak sefahaman dengan kawan-kawan aku (Gaduh la bahasa kasarnya).Aku pun mula rasa aku akan alone/senyap tahun depan.Aku tau,sense pompuan aku kuat (apekah?)

Tahun nie,sumpah memang aku banyak nangis.Benda kecil pun aku boleh nangis.Maybe sebab sebelum ni aku rasa bahagia bile semua kawan-kawan aku ada disamping aku,aku jadi kuat and tabah.Tahun nie,semua orang ada masalah.Aku sendiri pun sibuk tolong mak ayah aku cari duit (Nak bayar hutang and perbelanjaan kitorang sekeluarga) sampai tak sedar yang kawan-kawan aku perlukan aku.Sebenarnya,kitorang sama-sama perlukan satu sama lain.Tapi,komitmen hidup yang buat kitorang jadi "monster" terhadap satu sama lain.

Aku mula bencikan kawan aku sendiri.Kawan aku sendiri pun mula bencikan aku.Kitorang takde masa nak berkawan santai-santai macam dulu.Aku mula rasa bersalah sebab biarkan diorang hadapi masalah diorang sendiri.Aku nak membantu,tapi aku pun tak berdaya nak bantu diorang.

Seriously,Aku minta maaf.

Aku tak sedar yang korang pun sakit hati.Korang pun menangis.Aku memang pentingkan diri.Aku sebenarnya rindukan korang.Rindu sangat-sangat.Aku nak jumpe korang,peluk korang,main piggy back ride ngan korang macam dulu,borak-borak,main-main.Kisah ape ngan 16 tahun? Bukannya tua sangat.Orang tua 80 tahun pun boleh berkejaran dengan kawan diorang,kenapa kita tak boleh? Lastly,I want to say to all of you girls (Kalau guna guys kang,kawan aku sume pompuan.Pelik sangat~) that I really,really.....


Love You ^///^

Macam comel je XD

Ni semua keje Piqa.

Kakak Husna *tunduk hormat*,Kyra and Piqa

Zama selekeh yang sangat-sangat bermakna.




Sunday, November 3, 2013

Dalam Proses Pengubahsuaian.

Kalau nampak blog nie cam pelik je,diam2 sudah.Kerana anda semua semestinya bosan dengan blog yang tak bertukar-tukar rope (rupa) sejak tahun lepas.

My Blog Is In Construction.I want to make it more Fabulous,Kekeke~

Wednesday, October 30, 2013

Aku Masih Hidup..

Assalamualaikum...
Aku masih hidup...dan bernafas.Cuma dah lama tak aktifkan blog since aku takde PC.Aku nk upload post pun susah kalau pakai Smartphone yang tak bape nak smart tuh.Yeah,tahun 2013 memag bermasalah dan penuh perubahan (kalau korang follow and bace blog aku ,setiap tahun pun bermasalah,kekeke~)Aku sekarang memang seorang yang masih gila-gila,sihat...terlebih sudah pulak tu.

 Happy part of my life dalam dalam tahun nie is....

                                                          


Rasenye adelah jugak happy tapi tak lama.Banyak yang buruk daripada yang baik.Aku naik menyampah dengan hidup aku (tapi takdelah sampai nak toreh tangan kasi mati ye kengkawan).Jangan ingat nie nota bunuh diri sudah.Tapi aku rase masalah aku takdelah seberat mana.Bila aku fikir camni,aku akan lebih hargai hidup and cuba berseronok cam org takde kepentingan lain.Apa yang aku fikir cumalah seronok.Sekurang-kurangnya,masalah aku hilang kejap.

 Jangan pulak korang pikir aku berseronok ngan cara camnie....

Aku gile-gile,bukannyer orang gile
Cara aku berseronok ialah camni,

Main keyboard,bukak PC,dengar lagu and minum teh.
Aku nak 2014 ialah tahun kesusahan (aku kan SPM..) tapi penuh dengan keseronokan :D Nie kira wish untuk tahun baru lah kan? kan? Apa-apa pun,aku doakan hidup korang pun end up jadi okay :)

P/S:Rindunya aku kat blog!!!!!!!

Thursday, December 20, 2012

Aku gile ataupun aku memang gile?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Aku dah gile.Segile-gilenye.Rancangan aku dah spoil.Aku ngan kengkawan nak buat majlis menyambut harijadi beramai-ramai sekali ngan majlis menyambut keputusan PMR kitorang yang agak great (aku punye result bukannye best pun) tapi ade halangan sikit.Aku takleh citer halangannye ape,kang kena saman,hahaha.

Aku nye result takdela best pun.5A2B1C.Bagi orang lain mungkin agak cemerlang but aku tak puas hati sikit sebab kawan aku,Hajar dapat 8A,Piqa ngan Dina dapat 7A1B.Bukan rezeki aku agaknye.Takpe,SPM ade lagi.Yang tu kena skor.Kalau tak,aku kene kejor ngan mak aku pakai lori sampah,haha!~

Ade kejadian kelakor berlaku di kedai kek tadi.Kitorang collect duit untuk beli kek.Pastu aku pegilah kedai kek dengan Dina,my preng.Kitorang tengah galak memilh kek tapi takde satu pun yang menawan hati.Last,kitorang amik keputusan nak tempah kek.Pastu,Dina ternampak iklan Kek GANGNAM STYLE.Dina pulak berkenan kan kek tu [selera kitorang memang pelik sikit].Jadi kitorang amik keputusan untuk tempah kek tu.Asalnya nak amik setengah kilo je,tapi takde.Ade sekilo je.Homaigoood,memang besor ya rabbi.Tapi,kitorang dua segan gile nak cakap ngan akak kat kaunter tu.Sudahnye,aku jugak kena cakap.Aku pun cakap-cakap ngan akak tu.Akak tu kemain kawal ayu and sudahnye die masuk ke dapur and gelak habis.Pastu Dina pulak gelak.Aku rasa bukan sebab kek tu,tapi AKU.Mane taknye,aku gi buat muka serius sambil cakap "Kak,nak kek gangnnam style satu".Mana tak akak tu menggigil gelak.

Oklah,aku nak blah dulu.Aku nak memikirkan masalah negara yang tak selesai-selesai.

P/S : Dah lame tak tulis sempoi-sempoi macamni.Asik-asik tulis mende pasal kecantikan.Nak muntah You Know :P

Tuesday, December 4, 2012

Product Review :D

Assalamualaikum kengkawan,
Ape kabo? sihat semuanya.Aku sihat,hidup lagi gamaknye.Aku nak review produk yang aku dah pakai.Aku ni rajin nak menempel memacam bende kat muka aku,adik aku pakai tumpang je apa yang aku beli,seronok benor jadi adik aku.

Haritu aku ada jenjalan kat Alamanda.Yang sadisnye,Alamanda tu takdela jauh mana dari rumah aku tapi aku pergi sana 2 KALI termasuk kali ini.First time aku pergi masa darjah 6.Kahkah,kalau ikutkan KL tu lagi jauh tapi aku pergi KL berkali-kali.Aku jenjalan kat MPH dulu [penggile buku la katakan],pastu aku ternampak Etude House,hoho.Aku dah lama nak try produk Etude House tapi tak berkesempatan [takde duit la maknenye].Masa aku pergi ni,aku baru dapat gaji,mohoho~apa lagi,aku seranglah.

Bile aku sampai kat kedai dia,terkejut beruk jugaklah tengok foundation sampai 80 hinggit lebih.Aku nie seorang yang menjaga ekonomi walaupun tengah banyak duit [kedekut] jadi aku tak  beli la barang make-up dia.Aku try la beli mask mata die.Best~

Collagen Eye Patch - RM 6.90
Mask nie sumpah best.Tapi aku kene gelak ngan adik aku sebab rupa aku dah macam panda terencat.Mende tu kan kene tempek dekat bawah mata,tu yang kelakar sangat rupa aku.Benda nie ada collagen,vitamin A ngan E.Bila pakai,rasa segar habis mata aku.Bau dia wangi ala-ala perfume buah gitu [aku nie fail kalau bab terangkan bau].Tapi,sebelum pakai tu,kene letak dalam peti ais,baru die sejuk-sejuk and selesa gitu.Mungkin kalau pakai selalu,dark circles boleh hilang sebab aku first time pakai pun,rasa segar habis.Aku memang puas hati ngan benda ni.Lagipun,Etude House bagi diskaun.Aku suka diskaun-diskaun ni.haha.Sape tak suka diskaun,ye dak? kalau tak suka diskaun tu,kompem anak datuk yang dilimpah kemewahan harta tujuh keturunan tak habis.Kalau tak pun,orang gile.

Biore Cleasing Strips Pore Pack - RM 5.88
Aha,siapa yang pori-pori die tersumbat dengan excess sebum,silalah beli benda ni.Benda ni akan menyedut sebum korang dan hidung anda akan menjadi licin dan berkilatCara die mudah sangat.Basahkan hidung,keringkan tangan,cabut benda tu dari plastiknye dan tempek di hidung ye kengkawan.Tunggu 10-15 minit dan Tadaa~ hidung anda akan licin.nak lagi lawa,kene rajin pakai.Nak tahu kenapa aku beli mende nie murah semacam? Aku beli yang trial pack.Kalau beli yang biasa punya,12 hinggit lebih pun ada.Tak termampu lak aku,lari bajet.

Aku dapat tahu yang Korean pakai mask muka hari-hari.Aku cam OMG! BIAR BETUL!DAH LA MENDE TU MAHAL GILE,PATOTLAH MUKA DIORANG LICIN.Yelah,mask muka tu mahal gegile.Satu dah 6 hinggit lebih.Nak pakai hari-hari,mau gile aku nak kerje kuat semata-mata nak beli mask.Aku suka pakai produk muka nie sebab mende tu beri keseronokan.Ada perempuan suka shopping baju-baju,tu cara die release tension.Aku lagi suka shopping beauty product pastu manja-manjakan diri.Baru rasa segar nak memulakan hari yang ceria dan gembira [cewah!].Hilang tension belajar aku bila buat semua nie.Kalau shopping baju nie,aku lagi stress sebab mengenangkan aku dah bayar berpuluh2 hinggit untuk sehelai blaus,rasa macam nak nangis [kahkah,aku tau aku makhluk yang pelik].

Lagipun,Beauty product nie boleh merapatkan hubungan.Bile aku pakai mask,mesti aku akan pakai ngan mak aku sebab yelah..mak kite mesti suka manja-manjakan diri ni.Mak tu pun pompuan gak.Korang beli mask dua,pakaikan untuk mak korang pastu borak-borak ngan die.Memang best sebab aku dah try.Rasa cam romantik-romantik pun ade,hikhik~I love u mama :D

Huduh rupa tapi bahagia~~
Jadi uolls,jangan rasa membazir nak beli beauty product.Kalau nak hargai orang,kenelah hargai diri sendiri dulu.Ape salahnya berhabis untuk release tension.Ni,asik tambah tension je.Berkedut macam nenek I baru tahu [ape ke gedik sangat aku ni?].Love Yourself,Okay?

P/S :Aku tak upload gambar sendiri sebab komputer aku takde bluetooth.Bapak aku gi format balik.Aku google jelah,keke.Malas nak amik program bluetooth balik.Nanti mesti die format balik.Macam buat keje gile pulak.

Friday, November 16, 2012

Cara Untuk Menjaga Rambut Yang Bermasalah.

Assalamualaikum and a very good evening,
Apesal aku punya kata-kata aluan macam nak berbahas je? Pedulikan.Aku sebenarnya nak bagi tips nak jaga rambut yang berminyak tetapi kering [korang mesti pening tapi aku lagi pening].Rambut yang berminyak tapi kering ni bermaksud berminyak di kulit kepala tetapi kering di hujung rambut.Ha,get it,get it?



Aku sendiri ada problem ni dan aku ikut tips ni.Thanks to Female Magazine sebab tips yang diberi memang berkesan dan logik dek akal.Memang derita ada problem rambut macam ni.Nak pilih produk rambut pun naik mereng dibuatnya.Kalau pilih produk untuk kulit kepala kering,nanti lagi berminyak.Kalau pilih produk untuk kulit kepala berminyak,jadi keringlah pulak hujung rambut tu.Ok,aku malas nak membuka bicara pepanjang so LET'S GO!

TIPS 1 : SHAMPOO 2-3 KALI SEMINGGU

Yang ni aku rasa perempuan ramai buat,no problem.Yang shampoo hari-hari pun ada,kan?Aku takleh nak shampoo hari-hari memandangkan aku ramai kaum hawa kat rumah,so kalau aku shampoo hari-hari,mau miskin bapak aku beli shampoo je.Tapi ada satu habit yang kita buat semasa shampoo yang menyebabkan kulit kepala berminyak.MENGGARU KETIKA BERSYAMPU.Alah,tipulah kalau korang lumur-lumur syampu pastu basuh terus.Mesti nak menggagau kepala time syampoo.Sebenarnya,bila kita syampoo cara menggaru macam tu,liang rambut akan pecah dan mengeluarkan lebih banyak minyak.So,solutionnya,bila syampoo,urut kulit kepala secara circular motion.JANGAN GUNA KUKU,GUNA JARI.Kalau guna kuku,berdarah kulit kepala.Kang nyamuk menghurung atas kepala [bayangkan pun dah ngeri].Urutlah dalam 1-2 minit.Kalau 5 minit,mau mak ayah kau korang ketuk pintu sebab pikir korang pengsan dalam bilik air XD

TIPS 2 : SAPU CONDITIONER,HAIR OIL DEKAT HUJUNG RAMBUT SAHAJA

Ha,yang ni effect die sama macam tips 1 tadi.Kalau korang sapu kat kulit kepala,nanti jadi berminyak dan rambut boleh gugur sehinggakan boleh dibuat kot untuk spongebob [apa kaitannya?]

Baju aku gred A,Ko ape tau~
 Aku ada pakai satu vitamin oil.Dia punya brand nama die "QS".Ok dia punya vitamin oil.Memang cukup vitamin aku punye rambut.Bau dia pulak ada feeling-feeling macam masuk kedai gula-gula.Wangi habis.Jap,I wil sho u de pikche [I"ll show you the picture]

Aq punye kaler purple~

TIPS 3 : JANGAN GUNA HAIR DRYER

Hair dryer akan buat masalah lagi teruk.Kalau korang teruskan perjuangan dengan hair dryer tu,nanti rambut akan bercabang,ouh yeah~Memang tak cool.Korang simpan je dulu hairdryer tu.Buat masa nie,pakai yang tradisional dulu.GUNA TUALA.Tapi jangan pergi gosok-gosok dengan tuala macam orang biasa buat tu.Ok,caranya begini :

STEP ONE : Amek tuala [Haha,nak buat cammane,step nie paling penting]
STEP TWO : Lapik kedua-dua belah tangan dengan tuala tu.
STEP THREE : TEPUK rambut yang basah tu dengan tangan yang dilapik tuala tu.

Haha,cammane tu? Korang tepuk je cam korang tepuk tangan tu.Kalau nak cepat kering,duduk depan kipas.Kompem kering.Kalau gosok,nanti protein rambut hilang.Dahlah masa shampoo,dah banyak hilang.Kalau kau gonyoh,mau takde protein rambut langsung,tinggal lemak je [mengarut yang tang lemak tu].

Ok,itu ialah tips-tips yang aku amalkan.Kalau ada sesiapa yang nak tambah,dipersilakan.Sharing is caring,kan kan? nak lawa,kene la lawa sama-sama.Kalau nak buruk,kau buruklah sensorang,haha

Bagi peminat product ETUDE HOUSE,mesti tau pasal nie.Ade shampoo baru je ETUDE HOUSE keluarkan.Tak silap aku,nama dia ETUDE HOUSE OMG DRY SHAMPOO [Amik kau,nama die je pun dah berjela macam nie].Aku tengok,sejak menjak nie,dry shampoo nie popular betul.Adakah remaja sekarang malas nak shampoo rambut? Aku pun tak tau.Yang pasti aku rajin,kehkeh.Yang aku tengok kat farmasi aritu,die dalam bentuk serbuk.Cara pakai die pulak lebih kurang macam pakai bedak.Bubuh kat tangan,ratakan seluruh rambut and sikat.Yang ETUDE HOUSE punye nie dengar ceritanya,macam pakai hairspray,tak taulah pulak aku.

Lawa betul botol die~
Bagi sesiapa yang pernah pakai,sila kongsikan pengalaman anda kerana seperti yang anda-anda semua tahu,saya baru 15 tahun.Mana nak cekau sebanyak RM50 untuk sebotol dry shampoo.Kalau mintak dengan bapak saya,dijamin saya akan diceramah oleh bapak saya selama dua jam dan dia akan mengungkit tentang produk-produk muka saya yang lain.Kesian mereka nanti.Kalau nak bekerja,saya tak cukup umur [tsk-tsk].Sekian,assalamualaikum warahmatullah hibawarokatu...

P/S : Aku suka Secret Garden.Bile la 8TV nak buat ulangan kat TV [Masih Menunggu]