1.Melukis
Aku memang suka melukis.Tapi masalah besarnya,melukis nie perlukan pengorbanan yang sangat besar iaitu masa.Kita kena banyak luangkan masa untuk melukis.Nak berlatih,nak kasi cantik-cantik lukisan tu.Dulu,masa sekolah rendah ngan form 1 rajinlah aku nak lukis.Tapi sekarang,masa kelas seni lukis je aku sempat nak melukis.Bila pun aku nak melukis ? Tak sempatnye.Hidup aku pun dah cukup bercelaru.Zaman bile aku nak meluahkan bakat seni yang terpendam nie? [cehceh]
2.Bermain Keyboard a.k.a adik beradik piano
Yang nie aku amatur lagi tapi aku bolehla main walaupun takde guru yang sudi nak ajar aku [padahal aku yang memandai nak belajar sendiri].Tapi keluarga aku tak suka aku jadi orang seni.Main alat muzik pun aku tak boleh.Setakat suka-suka tu bolehlah.Kalau sampai nak buat kerjaya,mau mak aku pancung aku kalau nampak aku dalam tv ataupun atas pentas bermain alat muzik.
3.Menyanyi
Sebenarnya,aku nie boleh menyanyi.Aku jadi yakin nak tulis yang aku pandai menyanyi lepas adik aku yang sengal tu komen suara aku sedap.Disebabkan adik aku nie lurus bendul,jadi aku sangat percaya apa yang dia cakap XD.Tapi yelah,mengenangkan aku akan hilang kepala kalau jadi penyanyi,aku lebih rela jadi tukang sapu :D
Kenapa aku tak listkan menari di dalam list bakat aku? Sebab aku memang gagal menari.Poco-poco yang kacang goreng tu pun aku gagal,apetah lagi nak berbreak dance.Walaupun aku dah listkan bakat aku yang aku rasa aku betul-betul minat tapi masih aku tak jumpa penyelesaiannya.Eish,susah betul nak ada matlamat hidup ye.Mana yang ada matlamat hidup tu,cecite camne korang boleh ada matlamat hidup.Klah,adios all :D
![]() |
| Saya suka Minji :D |

No comments:
Post a Comment