Dah lama aku tulis kat blog.So,camne hari korang ? jangan sesekali tanya macam mana hari aku.Ajal dan maut menanti korang kalau korang ajukan soalan "cepukmas" tu kat aku.Hari aku memang sungguh tak baik tapi dengan bantuan kawan-kawan yang memahami,hari aku okeylah skit [sikit je].
Okey,hari ni aku kena migrain masa kelas cikgu Math.Tapi sebab cikgu tu memahami,die biarkan jelah aku terbaring kaku [bukan mati ye] dekat atas meja.Tapi,aku tau tahap pengetahuan Math aku memang rendah jadi aku kuatkanlah hati nak belajar.Sebenarnya nie sebab aku rasa serba-salah nak blah daripada kelas KEREK tu.Kalau takde cikgu tu,sori goodbye aku nak bermastautin kat kelas tu lelama.
![]() |
| Amukan Beruang - PARODY AMUKAN POCONG. |
Ok,part mengikis duit mak ayah.Kompem korang tak paham part nie jadi meh aku terangkan.Aku dudk kelas Pertama a.k.a kelas KEREK.Kau tau jelah,kelas KEREK mesti suka mintak duit.Aku pernah gak sampai tak makan sebab nak bayar duit kertas,duit buku tuisyen dan segala benda yang aku sendiri pun tak paham apa gunanya [tapi malangnya,aku tak kurus-kurus jugak XD].Apabila aku kopak,mesti aku cari mak ayah aku.Apabila aku buat mak ayah aku kopak,aku akan rasa aku MENYUSAHKAN.Yeah,menjadi biasa adalah kool.Menjadi pandai dan pengikis duit mak ayah adalah TIDAK KOOL.
Part mengecewakan cikgu,aku rasa korang paham sesangat.Aku tak payah nak bebel banyak.Bila aku tak berjaya menyiapkan task-task yang memang mencabar dan menyebabkan peluh jantan aku keluar [walaupun aku perempuan].Bila aku hantar kerja yang tak bagus kepada cikgu aku,cikgu aku akan kecewa.Bila cikgu kecewa,kita belajar tak berkat dan markah penalti pun akan bertambah.Sekolah aku pulak takde sistem nak bersihkan markah penalti,so lu pikirlah sendiri.
Part yang aku kecewa tu,aku nak cakap sesuatu,ehemmm :
APE CIKGU FIKIR KITORANG SERONOK SANGAT KE BILE TAK BERJAYA SIAPKAN KERJA CIKGU?!??!?!!?!?
Aku sebagai seorang murid,aku akan usah sebaik boleh yang aku boleh.Tapi aku nie separuh masa aku jadi ibu tunggal [gantikan mak aku buat kerja rumah],separuh masa peniaga pasar malam and sepenuh masa berstatus pelajar.Sampai naik gile dah aku nie.Dengan kerja sekolah aku lagi,dengan rumah aku yang macam tongkang pecah [adik aku pemalas lagi takleh harap],dengan tolong mak aku lagi.Memang WOW,FANTASTIC BABY BETUL!
Jadi,pengajarannya aku kena jadi pelajar yang lebih baik dan kurang membersih rumah dan tolong mak aku meniaga supaya aku jadi pelajar yang cemerlang dan mak aku bankrup.Terima kasih kerana sanggup membaca luahan hati format SPM ini.
![]() |
| Aku biasanya buat muka camnie untuk hilangkan stress XD |


No comments:
Post a Comment