Pages

Saturday, February 4, 2012

Ku Rindui Dirimu,Oh Blogku~~

Fuhlamak,lama gile aku tak update blog.Macam orang berpantang lepas bersalin.Modem aku buat hal,tu yang aku jadi budak baik [haha,kononnya].Hari ni,barulah aku dapat keluar dari dunia kuno T^T

Tahun nie aku PMR so kenalah buat cara macam nak PMR kan.Kalau tak sedar diri lagi,aku akan sedarkan diri aku yang aku nie dah tua bangka T^T tsk-tsk.Pengorbanan aku cukup besar untuk PMR iaitu

KORBANKAN MASA TIDUR

Fuh,nie memang jiwalah.Sampai aku asyik kena migrain je.Kerja sekolah toksah citerlah.Macam menyeksa kanak-kanak malas [akulah tu].Setiap mata pelajaran yang aku belajar,mesti ada kerja sekolah.Lepastu,awal-awal aku dah pokai sakan sebab nak membayar macam-macam.Komik aku tak beli langsung dah [nie lagi seksa dari pada kerja sekolah banyak].Memang tahun yang giler,segiler gilernya!

Aku baru nie pergi bercuti kat Cameron  Highlands.Tak best memandangkan aku bukannya kaki shopping sayur dan buah.Dan-dan pulak aku tak sihat a.k.a demam,so aku rasa nie bukan percutian [macam perjalanan ke lembah maut je perasaannya].Aku nie,asal cuti lama sikit je,demam.Cuti je demam.Bak kata Hajar, "Orang lembab selalu demam".Ada betulnya jugak tu -_- haisy,ape ke malang benar nasib aku nie.Awal-awal tahun dah macam-macam dugaan sampai.Belum pertengahan tahun lagi.Tapi pertengahan tahun tu bukan bala sebab hari jadi aku,kehkehkeh.....

Aku harap pengorbanan aku nie sedondon dengan keputusan Pi Em Ar aku nanti.Wahai Pi Em Ar,janganlah keluar soalan yang susah-susah supaya senang aku berjaya,AMIN~ [doa yang agak tak senonoh tapi memberi manfaat :D]

kenapalah aku takleh terbaring macam nie selamanya? T^T

No comments:

Post a Comment