Ok,aku tahu memang pelik.Takde kentut,takde cirit..tetibe buang tebiat nak buat tajuk pasal nangis.Macam pelik tapi disebabkan aku memang pelik,jadi kita teruskan.Kalau korang,tak tahu cam mana rupa menangis tu,jangan risau.Aku bagi gambor terus,biar korang paham apa kebenda tu menangis.
 |
| Kalau kau menangis macam nie,maknanya kau normal. |
 |
| Kalau kau menangis camnie,pergi ajak mak jumpa doktor mata cecepat. |
Aku nie nak kata cengeng pun tak jugak memandangkan aku nie susah nak feel.Orang dah haru biru menangis bila tengok citer "Sekali lagi" tapi aku sebutir air mata pun tak keluar.Aku pun tak faham tang mana yang sedihnya citer tu.Nak kata hati kental pun,aku menangis jugak bila kecewa yang amat.Aku hanya menangis untuk benda yang aku hargai je macam untuk family,kengkawan,boyfriend [ceh,macam ade] dan sesiapa aku anggap special la kiranya dalam hidup aku.
Paling lama aku menangis ialah 3 JAM NON-STOP.Mesti benda tu mengecewakan aku gila-gila [takdelah sampai gile ye kengkawan semua.].Nenek aku kan duduk rumah aku.Nenek aku nie pilih kasih sikit [aku rasa banyak] dekat anak-anak dengan cucu-cucu die.Dia lebih sayangkan pak cik aku yang sulung dengan keluarga dia tu berbanding mak aku and kitorang.Pak cik aku mintak ape,semua dia beli.Anak pak cik aku mintak benda,semua dia bagi tak kira mahal murah.Kiranya,perhatian dia lebih pada keluarga pak cik aku.Realitinya,bila nenek aku sakit,aku jugak yang terkinja-kinja nak jaga nenek aku sampaikan air kencing dia yang merata tu pun aku yang lap.Aku tak harap balasan,cuma aku nak dengar nenek aku cakap "TERIMA KASIH" saja.Bagi aku benda tu tak susah tapi nenek aku tak pernah nak sebut benda tu.Masa aku UPSR dapat 5A pun dia tak ucap tahniah.Aku kecewalah jugak sebab penat-penat perah otak sampai naik hijau otak aku semata-mata nak tunjuk dengan nenek aku yang aku pandai,aku mampu bagi keluarga aku bangga,nenek aku buat tak endah je.Mestilah aku terasa kan?
Aku nak cakap pun,nenek aku tu ego sikit jadi macam kerja sia-sia so aku biarkan jelah.Nenek aku tu tak nampak agaknya,tu yang dia tak sedar siapa tukang mengikis duit dia dengan orang yang betul-betul sayang dengan dia.Aku pun takk harap langsung duit nenek aku yang berkepuk-kepuk tu.Mak ayah aku mampu nak tanggung aku,aku nak kacau duit orang buat apa,kan? Aku lagi suka tak jadi orang banyak duit.Banyak duit pun buat masalah aje,biar takde duit,lagi bagus.Aku keluar pun,takyah nak pikir pasal duit,tenang je hidup.PMR nanti,aku mesti dapat 8A,go,go,go! [Bersemangat]
 |
| Effa sebahagia mak atashinchi,tau ta kawan-kawan? |
P/S : Aku punya rambut bukan macam mak atashinchi ye.Aku baru potong rambut.Aku punya rambut bergaya sikit ala-ala Kim Hyun Joong :D adik aku yang darjah 6 tu pandai potong rambut style lelaki XD dah aku pun terjebak jugak.
aku nangis sakit kepala U_U . be strong effa . nenek kau sayang kau tu
ReplyDelete