Pages

Friday, November 16, 2012

Cara Untuk Menjaga Rambut Yang Bermasalah.

Assalamualaikum and a very good evening,
Apesal aku punya kata-kata aluan macam nak berbahas je? Pedulikan.Aku sebenarnya nak bagi tips nak jaga rambut yang berminyak tetapi kering [korang mesti pening tapi aku lagi pening].Rambut yang berminyak tapi kering ni bermaksud berminyak di kulit kepala tetapi kering di hujung rambut.Ha,get it,get it?



Aku sendiri ada problem ni dan aku ikut tips ni.Thanks to Female Magazine sebab tips yang diberi memang berkesan dan logik dek akal.Memang derita ada problem rambut macam ni.Nak pilih produk rambut pun naik mereng dibuatnya.Kalau pilih produk untuk kulit kepala kering,nanti lagi berminyak.Kalau pilih produk untuk kulit kepala berminyak,jadi keringlah pulak hujung rambut tu.Ok,aku malas nak membuka bicara pepanjang so LET'S GO!

TIPS 1 : SHAMPOO 2-3 KALI SEMINGGU

Yang ni aku rasa perempuan ramai buat,no problem.Yang shampoo hari-hari pun ada,kan?Aku takleh nak shampoo hari-hari memandangkan aku ramai kaum hawa kat rumah,so kalau aku shampoo hari-hari,mau miskin bapak aku beli shampoo je.Tapi ada satu habit yang kita buat semasa shampoo yang menyebabkan kulit kepala berminyak.MENGGARU KETIKA BERSYAMPU.Alah,tipulah kalau korang lumur-lumur syampu pastu basuh terus.Mesti nak menggagau kepala time syampoo.Sebenarnya,bila kita syampoo cara menggaru macam tu,liang rambut akan pecah dan mengeluarkan lebih banyak minyak.So,solutionnya,bila syampoo,urut kulit kepala secara circular motion.JANGAN GUNA KUKU,GUNA JARI.Kalau guna kuku,berdarah kulit kepala.Kang nyamuk menghurung atas kepala [bayangkan pun dah ngeri].Urutlah dalam 1-2 minit.Kalau 5 minit,mau mak ayah kau korang ketuk pintu sebab pikir korang pengsan dalam bilik air XD

TIPS 2 : SAPU CONDITIONER,HAIR OIL DEKAT HUJUNG RAMBUT SAHAJA

Ha,yang ni effect die sama macam tips 1 tadi.Kalau korang sapu kat kulit kepala,nanti jadi berminyak dan rambut boleh gugur sehinggakan boleh dibuat kot untuk spongebob [apa kaitannya?]

Baju aku gred A,Ko ape tau~
 Aku ada pakai satu vitamin oil.Dia punya brand nama die "QS".Ok dia punya vitamin oil.Memang cukup vitamin aku punye rambut.Bau dia pulak ada feeling-feeling macam masuk kedai gula-gula.Wangi habis.Jap,I wil sho u de pikche [I"ll show you the picture]

Aq punye kaler purple~

TIPS 3 : JANGAN GUNA HAIR DRYER

Hair dryer akan buat masalah lagi teruk.Kalau korang teruskan perjuangan dengan hair dryer tu,nanti rambut akan bercabang,ouh yeah~Memang tak cool.Korang simpan je dulu hairdryer tu.Buat masa nie,pakai yang tradisional dulu.GUNA TUALA.Tapi jangan pergi gosok-gosok dengan tuala macam orang biasa buat tu.Ok,caranya begini :

STEP ONE : Amek tuala [Haha,nak buat cammane,step nie paling penting]
STEP TWO : Lapik kedua-dua belah tangan dengan tuala tu.
STEP THREE : TEPUK rambut yang basah tu dengan tangan yang dilapik tuala tu.

Haha,cammane tu? Korang tepuk je cam korang tepuk tangan tu.Kalau nak cepat kering,duduk depan kipas.Kompem kering.Kalau gosok,nanti protein rambut hilang.Dahlah masa shampoo,dah banyak hilang.Kalau kau gonyoh,mau takde protein rambut langsung,tinggal lemak je [mengarut yang tang lemak tu].

Ok,itu ialah tips-tips yang aku amalkan.Kalau ada sesiapa yang nak tambah,dipersilakan.Sharing is caring,kan kan? nak lawa,kene la lawa sama-sama.Kalau nak buruk,kau buruklah sensorang,haha

Bagi peminat product ETUDE HOUSE,mesti tau pasal nie.Ade shampoo baru je ETUDE HOUSE keluarkan.Tak silap aku,nama dia ETUDE HOUSE OMG DRY SHAMPOO [Amik kau,nama die je pun dah berjela macam nie].Aku tengok,sejak menjak nie,dry shampoo nie popular betul.Adakah remaja sekarang malas nak shampoo rambut? Aku pun tak tau.Yang pasti aku rajin,kehkeh.Yang aku tengok kat farmasi aritu,die dalam bentuk serbuk.Cara pakai die pulak lebih kurang macam pakai bedak.Bubuh kat tangan,ratakan seluruh rambut and sikat.Yang ETUDE HOUSE punye nie dengar ceritanya,macam pakai hairspray,tak taulah pulak aku.

Lawa betul botol die~
Bagi sesiapa yang pernah pakai,sila kongsikan pengalaman anda kerana seperti yang anda-anda semua tahu,saya baru 15 tahun.Mana nak cekau sebanyak RM50 untuk sebotol dry shampoo.Kalau mintak dengan bapak saya,dijamin saya akan diceramah oleh bapak saya selama dua jam dan dia akan mengungkit tentang produk-produk muka saya yang lain.Kesian mereka nanti.Kalau nak bekerja,saya tak cukup umur [tsk-tsk].Sekian,assalamualaikum warahmatullah hibawarokatu...

P/S : Aku suka Secret Garden.Bile la 8TV nak buat ulangan kat TV [Masih Menunggu]

No comments:

Post a Comment