1.Pelukis
Yang nie dah tentulah kan.Seni memang semua pelukis kena belajar.Kalau tak,haru birulah lukisan tu.2.House Deco sumething like that.
Ala,yang reka letak perabot apa semua tu.Tu kena belajar harmoni,ton warna dan pelbagai benda yang aku pun tak tau.Ada dalam buku teks seni Tingkatan 2 [yang pelbagai benda yang aku tak tau tu takde dalam buku teks tu ye!].Haha,aku belajar benda nie pun naik berair otak aku.
3.Arkitek
Ha,yang nie nak kena guna keseimbangan.Nak pastikan bangunan tu cukup simetri ke tak.Kang tak pepasal runtuh rumah yang korang buat.Free-free je masuk jail sebab bunuh orang guna bangunan tak simetri [cara bunuh yang baru].Kalau ikutkan,banyak lah kerja yang melibatkan seni.Memasak pun kena berseni tau.Tapi kalau muzik,pekerjaan dia macam limit sikit.Kalau tak jadi pemain muzik,jadi penyanyi.So,tak banyak pilihan pekerjaan.As example,kalau korang jadi pemain drum.Kalau korang nak tukar jadi pemain gitar,kena belajar main gitar dari step 1 sampailah ke step infinity camtu BUT kalau korang jadi pelukis and korang nak jadi wardrobe stylist,korang takyah nak belajar memandangkan benda yang perlu diorang tau lebih kurang sama aje.So,tak menyusahkan sangat.
Sebenarnya aku buat post nie sebab ramai budak kat sekolah aku tu masuk kelas muzik.Lepas fed-up dengan kelas muzik,terus blah masuk kelas seni.Haha,aku dah kata...kelas muzik tak best.Aku sebenarnya berazam nak masuk university art.Ehehe,aku sebenarnya nak jadi wardrobe stylist or pelukis komik sebab kalau aku jadi akauntan,kemungkinan kita akan kekurangan bajet 2023.Actually,aku nak masuk sekolah teknik je bile habis PMR nie.Aku maleh nak masuk MRSM sebab kat sana semua orang cam tumpukan pada pelajaran sangat-sangat and suka bersaing.Aku pulak tak berapa nak tumpukan perhatian dalam pelajaran dan tak pandai bersaing [dalam pelajaran je,yang lain aku pandai].
Aku bersyukur gile nak mati sebab tuhan dah bagi aku bakat melukis.Kalau tak,aku nie takde apa-apa pun.Belajar pun nyawa-nyawa itik je.Mak aku kata aku nie sebenarnya pandai tapi penyakit MALAS yang kuat tu menganggu aku.Kalau tengok keputusan aku,kejap kelaut,kejap kedarat.Kejap lagi mati lemas pulak.Aku pun tak tau.Tapi lukisan aku tak pernah pulak kelaut kedarat macam pelajaran aku walaupun aku nie jarang melukis.Aku harap tahun depan aku akan jadi lebih baik.Dahle tahun depan PMR nak wresling aku cukup-cukup so mungkin pada tahun 2013,aku akan penuh dengan kesan lebam.
![]() |
| Gambar yang tidak berkaitan. |

No comments:
Post a Comment