Pages

Friday, October 28, 2011

My Arnab Died :'(

Baru tadi arnab aku,Snowy mati.Sedih ouh.Semua orang nangis termasuklah aku.Aku pun ade perasan tau.Aku dengan Snowy ni rajin bergaduh sebab tu aku rapat.Aku masih ada kesan cakar dia pada tangan aku :) aku harap ia takkan hilang.Walaupun aku nie brutal,kerjanya nak kacau si Snowy tapi aku sayang dia oke~~

Aku sebenarnya rancang nak ambil gambar keluarga dengan Snowy sekali tapi tak berkesempatan.Setiap kali aku pergi laman rumah je,mesti aku singgah kejap dekat sangkar Snowy.Tengok sayur kobis dia ada ke tak,air dia cukup ke tak.Pastu baru aku kesah pasal ikan Koi dalam kolam tu.

Masa pukul 8.00 malam,aku tengok Snowy dah tercungap-cungap.Lepastu,mulut dia keluar air liur.Semua orang dah takut.Angah fikir dia lapar.Angah pun bagi dia makan.Tapi dia tak makan.Dia renung je bekas tu.Aku pun jadi hairan sebab Snowy tak pernah tolak makanan.Lepastu,Angah dukung Snowy sebab Snowy suka orang dukung dia.Tapi harini,Snowy nampak lemah sangat.Rupanya dia tercekik sesuatu.

Mama cuba keluarkan benda yang ada dalam tekak dia tapi tak boleh.Snowy semakin lemah dan lemah.Angah dengan Adik dah takut.Aku pulak risau.Tiba-tiba Mama nangis.Aku pun pelik.Aku terus keluar ke laman.Rupa-rupanya Snowy dah mati.Aku cuba tahan air mata tapi tak boleh.Air mata jatuh jugak.Angah dengan Adik pun nangis.Nenek pun nangis.Hakim tak nangis tapi mata dia dah merah.Dia nak tunjuk macho la tu [masih bersedih].Mata Snowy terbuka.Mama cuba tutup mata dia tapi tak boleh.Lagi aku sedih.Aku tak tahu,aku dapat rasa Snowy masih nak bersama kitorang :')

Sejujurnya,Snowy membuatkan aku rasa gembira.Sekarang,Snowy dah takde.Snowy,kau ialah sumber kegembiraan keluarga kami.Walaupun aku dah ada landak,gajah mahupun anak harimau,aku takkan lupakan kau,Snowy sampai bila-bila.Akhir sekali,TERIMA KASIH KERANA BUAT AKU JADI LEBIH KUAT SELAMA NI.

arigatogozaimas,Snowy-Chan :)

Ni gambar masa kitorang baru beli dia.I'll miss you.

No comments:

Post a Comment