Pages

Wednesday, October 5, 2011

Cita-cita yang kabur..[tajuk yang jiwang]

Kekekeke,tajuk memang macam novel tapi cerita takdelah gah mane pun.Aku adelah terfikir cita-cita aku.Yelah,tak lama lagi aku keluar sekolah,tak lama lagi tua,tak lama lagi mati menanti.So,kenalah rancang sikit masa depan tu.Baru ade arah tuju.Ye dak?

Sebenarnya aku nak kerja polis bahagian forensik or jadi penyiasat.Memang pelik sebab perempuan jarang minat benda camni.But aku nie ada bakat yang memang berguna dan sesuai untuk kerja camnie.Aku nie boleh tahan tidur dan kalau aku ngantuk sangat,aku tido kejap pun aku boleh berjaga lagi.Paling teruk aku berjaga ialah daripada pukul 7 pagi hari rabu hingga 10 pagi hari khamis.Power tak agak-agak? Tanpa bantuan kopi walaupun setitik pun aku boleh berjaga macam tu sekali.

Aku paling suka watak nie dalam Drama Penyiasat Jepun yang aku selalu tengok..
 Kalau tak pun,aku nak jadi pelukis komik.Senang sikit.Nie pun perlukan bakat berjaga gak.Kalau tak,air liur jelah yang mendarat atas kertas tu.Lagipun kita kena buat apa yang kita minat,kalau tak,kita jadi bosan dengan kerja tu dan tak minat.

Adik aku pulak suruh aku jadi penyanyi.Puiiihhh,suara macam haremm ni pun kau suruh jadi penyanyi.Aku minat muzik but takdelah terpikir nak jadi penyanyi.Kalau jadi producer ke,syok la gak.Takde kene gosip.Lagipun bidang hiburan macam benda bahaya.Lebih bahaya daripada jadi polis.Tu bagi akulah,korang aku tak tau.

P/S: Senang-senang,habis sekolah kawen je.Takyah sesusah cari duit [Cadangan Gile]

No comments:

Post a Comment