Pages

Saturday, September 3, 2011

Perkara lawak yang berlaku semasa hari raya :D

Aku sebenarnya maleh nak tulis bebanyak pasal hari raya.Kalau aku tulis semua,mesti boleh buat karangan SPM terus.Jadi aku tulis part yang lawak dan epic je.Jadi,bersedialah.Kalau siapa yang sakit perut or terkentut masa baca cerita aku,tanggungjawab sendiri la ye XD

First : Menipu adik perempuan aku.

Masa tu,adik aku [Iqa] tengah pakai jam sepupu aku [Siti].Lepastu,adik aku yang last [Aainaa] tu tanya la jam tu jam sape.Iqa selamber je jawab jam die.Die pun kenyit mata dekat aku ngan Siti.Kami pun mulakan pembohongan kami.

Aainaa : Jam tu bape ringgit,Angah?
Iqa :  Lime puloh hinggit.Mahal kan?
Aainaa  :Wah,mahalnya! Angah pakai duit siape?
Aku : Die curi duit Along.Memule kate nak blanje KFC,dinner plate lagi.Pastu selambe je pakai duit aku.
Siti : A'ah.Tahpape Iqa nie.Penipu je lebih.
Aainaa : Takpe Along,nanti Aainaa belanja Along je,Angah takyah sebab dia jahat.
Aku : [dalam hati] hehehehe ayam,kau kan terbang di dalam mulutku XD
Siti : [tergelak]
Aku : Sebenarnya Along tengah tipu Aainaa.Pandai tak along berlakon?
Iqa : Bhahahahaha! Along memang hebat! Biasanya along gelak tapi kali ni tak gelak lak.
Aku : [dalam hati] aku akan kalahkan pelakon Korea suatu hari nanti XD


Second : Langgar pintu belakang rumah nenek aku.


Siti bawak adik aku,Iqa dengan Hakim naik motor pergi jenjalan.Skali diorang balik,diorang beli radio mini.Aainaa pun mengamuk nak jugak.Tapi masa tu kedai dah tutup.Siti pun memulakan rancangan jahatnya bersama aku [kami ialah penjahat sehati sejiwa XD].Kitorang pun naik atas motor pastu tipu-tipan pun bermula.Aku cakap ngan budak kenit tu yang kitorang nak pergi kedai.Berlari dia keluar.Pastu aku cecepat naik motor and Siti pun cecepat bawak motor.Aainaa pun muncung itik depan pintu.Tapi budak sekarang pandai.Dia tau yang pintu depan rumah nenek aku rosak [bile tutup,susah nak bukak so kena cungkil sikit pintu tu] so die pun tutup pintu tu.Aku ngan Siti pergi pusing satu kampung,pergi tepi laut la.Yang epic nya,masa tu pukul sembilan malam XD.Pastu,bila balik tu,takleh bukak pintu.Siti pun bawak motor gi blakang umah.Memula nak brek depan pintu je,skali terlanggar pintu terus XD.Masa tu aku atas motor.Aku tau dia tak sempat brek,aku terus terjun dari motor tu.Mak aku bukak pintu,terus dia kata ;
Effa ke yang bawak motor?
Ceh mama nie,taulah orang tak cukup skill nak bawak motor tapi takkan nak pecahkan pintu rumah nenek sendiri...baik pecahkan pintu rumah orang,lagi baik XD tapi ada kebaikan nya jugak.Takyah susah-susah nak ketuk pintu banyak kali,langgar je skali,terus mak aku bukak pintu :D

Third : Nak 'melabur' masa tengah malam

Kebanyakan rumah kat kawasan utara Malaysia nie,tandas dia kat luar.Jadi seram gaklah kalau nak buang air.Adik aku sanggup tahan buang air daripada masuk tandas yang menyeramkan tu.Camnie citer dia.

Masa tu pukul satu PAGI.Aku baru habis tengok cerita Jepun kat 8TV.Tiba-tiba usus aku buat pole dance pulak so aku kejut la si Iqa tu.Die pun teman aku gi keluar.Aku pun pergi dapur cari torchlight.Skali torchlight dia,aku angkat je dari kabinet dapur,terus terburai isi perut dia.Tapi,isi perut aku nie pun nak terburai jugak.Ak suruhlah Iqa cari telefon yang ada torchlight tu.Skali habis bateri.Aku rasa cam nak menangis air mata kera kau tau tak! nak tak nak,terpaksa la keluar walaupun hati ni sebenarnya takut ya amat.

Aku : Iqa,duk la depan jamban nie.Aku takutlah.Buatnya orang gile serang aku macam mana?
Iqa : Orang gile mana yang nak kat akak?
Aku : Aku cantik sangat..tu yang orang gile suke kat aku tu [sumpahtaklawak]
Iqa : Hakkkktuuuuuiii! Eh,nape akak tak tutup pintu?
Aku : Ala,kan mak si Zizan yang dalam iklan tu kata ;Kalau nampak hantu,berbogel depan dia,nanti larilah dia!
Iqa : Erk!

Haha,jangan bayangkan scene yang nie.Yang lain takpe.

Forth : Terpatahkan kerusi kayu nenek aku.

Masa tu aku baru bangun tidor.Mamai lagi masa tu.Aku pun pergi cari kerusi kayu.Kerusi kayu kat umah nenek aku tu dah berusia.Kerusi dia yang pesen begini.
ihsan daripada Uncle Google
Aku pulak pergi hempaskan badan atas tu tanpa menghiraukan usia emas kerusi tu.Patah terus bahagian bawah benda tu.Masa tu Siti ada kat situ.Dia gelak kat aku.Aku dalam hati dah gelisah gile nak mampus.Aku pun buat kerja bodoh.Aku letak balik benda tercabut tu pastu ketuk-ketuk sikit guna tangan.Haha,nampak sangat tak ada kemahiran untuk hidup padahal belajar kemahiran hidup kat sekolah.Tapi,yang pelik bin ajaib nya,orang yang duduk lepas aku tu takde pulak hilang nyawa ke,bontot terjerlus ke bawah ke,semuanya sihat je.Nampaknya cikgu KH aku berjaya mengajar aku kemahiran untuk hidup :D

Ok,sebelum tu,aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada femili-femili aku,kawan-kawan aku dan semua yang mengenali saya,oke..Kalau mak korang buat open house,bawaklah jemput aku.Mak aku taun nie macam tak buat open house je.Tapi kalau buat,Insyaallah,aku nak jemput la preng-preng aku dan yang mane aku kenal.So,happylah oke.Jangan sedih di hari raya ye,semua :D
Muke selebet gile..padahal hari raya -_-


No comments:

Post a Comment