Kalau lagu diorang banyak yang rancak-rancak.Ni yang aku suka.Tapi aku perasan lagu dia banyak pada kekecewaan hati perempuan.Memang fokus pada perempuan betul lagu dia.Kalau tarian toksah cakaplah,power giler diorang nie.Kalau korang mempunyai mata yang hebat macam aku [up diri kejap],Dara mesti dapat part tarian yang senang kacang gile sampai budak 3 tahun pun boleh buat.
Sekarang untuk penilaian.Penilaian ni aku buat ikut aku punya taste la.Taste korang aku tak tahulah pulak.
Rupa :PARK SAN DARA
Rupa dia cantiklah.Jeles aku.Dia ada 'cat eyes'.Aku pulak ada 'black eyes'.Tak adil betul dunia ni.
![]() |
| Walaupun kau cun,kau tak pandai menari.Tak jeles dah :D |
Gaya/Penampilan :CL dan Minzy
Gaya diorang macam Rain versi perempuan.Tak seksi tapi menarik.Gaya rambut diorang pun nice je.CL suka pakai cermin mata hitam yang stylish.Yang berlampu pun ada,yang bulat pun ada,yang datang daripada dunia asing pun ada.Kalau Minzy,apa yang aku suka ialah baju yang dia pilih.Unik dan warna yang menarik perhatian.
Suara :
Yang nie aku tak boleh buat pilihan.Suara diorang semua sedap-sedap jadi ini keputusan yang sukar.Perasaan dia macam pilih antara nak makan ayam atau daging :(
Kekemasan Tarian :CL and Minzy [lagi]
Kau tak percaya sudah.Pergi tengok video 'I Am The Best' ngan 'Clap Your hand'.Itu buktinya.Kalau kau rasa Dara hebat menari,kau pergi basuh muka,bawak mengucap and tengok sekali lagi.
Tahap Keseksian Melampau :Park Bom
Aku selalu tengok dia pakai skirt or dress pendek bawah punggung.Tak cantik ouh.Menyampah pulak aku tengok.But,mungkin sebab ahli kumpulan lain dah ganas,takkan dia nak ganas jugak kan?Mesti nak buat imej sendiri.Tapi suara dia ok dan lembut berbanding dengan CL.Suara CL ganas sikit but aku suka sampai aku sengaukan suara sebab nak tiru suara dia [kerja bodoh..hahaha!]




No comments:
Post a Comment