Pages

Wednesday, August 17, 2011

Bershopping gile-gile.

Raya dah dekat.Syaiton yang direjam pun bergembira [abaikan yang ni].Jadi mak-mak pun sibuk kire budget dan memaksa anak-anak menjadi "model antarabangsa".

Kenapa model antarabangsa? sebab cuba je banyak,beli nye idok pun.Aku nie jenis yang tak suka beli baju.Sebab tu kalau raya aku watlek je sebab baju yang orang jual mesti biasa-biasa.Kalau yang tak biasa-biasa tu mesti harga dia LUAR BIASA.Tu yang aku tak gemor tu.

Tapi hari ni aku jumpa satu baju.Bila aku pakai baju tu,aku nampak slim.Wah,harga pun boleh tahan.Taklah mahal sangat.Aku pun buat muka kesian dekat mak aku dan baju itu selamat ke tangan aku.Alangkah gembiranya :D

Tapi,semua tu tak lama.Bila aku pakai baju tu,nampak macam plastik roti Gardenia.Err,mungkin itu first thought je kot.Aku pun ambil "shades" aku yang berwarna coklat supaya aku nampak macam perempuan dan bukannya plastik  roti Gardenia.Malangnya,aku nampak macam seorang diva yang sombong dan mampu menyepak pengemis sehingga terpelanting  selaju 230 kilometer sejam.


Pengajaran : Jangan terburu-buru semasa shopping atau anda akan kelihatan seperti diva dan plastik roti.

No comments:

Post a Comment