Pages

Wednesday, July 27, 2011

My Life Become Better :D

Ok,malas nak cerita benda pelik-pelik.Nanti kang korang kata aku saiko pulak.So,setakat ni hidup aku tenang.Asyik gelak,happy-happy dengan kawan aku.Aku pun dah dapat serasi dengan budak kelas aku cuma budak lelaki jelah tak.Sebenarnya aku ada hati dekat sesorang tapi dia tetap tak dapat lawan cinta kuat aku bersama Taemin[ahaha~].Maybe cuma perasaan bodoh-bodoh plus hormon tak sekata je tu.


Cinta kita sangat kuat,abang Taeminku sayang [Hahaha!]
Serius,sebenarnya aku TAKUT nak bercinta.Sebab aku tak sanggup nak kecewakan hati orang lain,aku tahu aku tak cukup baik and many more lah.Lagipun aku nak fokus pada CITA-CITA aku yang tinggi gile nak mampus tu.Kau tengok tu,tinggi gile nak mampus.Mestilah susah nak capai right?


Sebenarnya aku berharap sangat yang Malaysia buat sekolah yang kita boleh pilih subjek yang kita nak.Kalau aku,mesti aku nak ambik bidang seni lukis or seni muzik.Aku kalau sejarah-sejarah or Geo memang fail sikit.Math pun sama cuma dia fail banyak.Bakat aku yang ni jelah boleh dibawa hingga masa depan.Aku nak main piano bebetul.Sekarang nie pun aku dah boleh main piano but just a bit lah.Tak banyak pun lagu aku boleh main.Nie pun dalam proses belajar.


Kalau melukis,aku dah pro.Prosak dan profesional.Dua-dua aku ada.Aku boleh melukis anime and permandangan ONLY.Kalau yang lain,kau suruh bapak aku.Bapak aku pandai melukis and main gitar,piano and much more.


Masa aku kemas rumah haritu,jumpa speaker gitar bapak aku.Boleh guna lagi but gitarnye takde.Bila tanya bapak aku mana perginya gitar tu,rupanya bapak aku jual sebab nak beli kereta.Masa aku kecik,bapak aku ada motor besar tu je.Dia nak beli kereta sebab masa tu aku baru bape bulan,takkan nak naik motor besar tu balik kampung.Dengan motor besar tu pun dia jual.Tak sangka bapak aku se-cool tu...[terharu!]

Bukan tu je aku jumpa.Stereo ada,karaoke set ade and macam-macam barang yang aku sendiri pun tak tahu ape ke bendenye bende tu.Bapak aku jiwa muzik beb,tu pasal turun kat aku tu.Stereo tu aku guna untuk cocok dekat laptop aku.Boleh main lagu Korea kuat-kuat,boleh main piano bagai nak gile,boleh karaoke sampai rumah runtuh.Ah,bahagianya hidup~~Jimat duit aku,takyah nak beli barang-barang muzik sangat,bapak aku ada segalanya.

P/S:Dalam mood muzik dan keseronokan tidak terhingga ^_^

No comments:

Post a Comment